http://www.kordanews.com
Jangan Tidur Terlalu Larut Malam
Kesibukan
harian seringkali menyebabkan ramai orang lupa atau tidak sempat untuk
beristirahat. Perkara ini menjadi lumrah terutamanya kepada mereka yang tinggal
di dalam bandar, selalu tidur larut malam dan harus bangun di awal pagi.
Padahal, pola tidur seperti ini berpotensi menjadi ancaman baru yang amat
membimbangkan.
Sebuah
kajian terbaru menunjukkan, kurangnya waktu berisitirahat pada malam hari boleh
menyebabkan risiko penyakit jantung dan strok. Hasil penyelidikan daripada
Warwick Medical School yang di paparkan dalam European Heart Journal
menyatakan, tidur kurang dari enam jam setiap malam dapat meningkatkan risiko
kematian akibat strok hingga 15 peratus (%) dan risiko kematian akibat serangan
jantung melonjak hingga 50 peratus (%).
4
Makanan Yang Boleh Membakar Lemak Semasa Tidur
Siapa
kata semasa tidur Anda tidak boleh membakar lemak? Bila Anda mengambil makanan
tertentu sebelum tidur, maka kandungan nutrisinya boleh membantu tubuh untuk
membakar lemak semasa tidur. Apakah makanan tersebut?
Makanan
yang boleh membantu membakar lemak semasa tidur biasanya mengandungi rendah
kalori tapi tinggi zatnya. Makanan tersebut tidak hanya diambil sebelum hampir
nak tidur, tetapi ianya boleh diambil sepanjang hari untuk mendapatkan manfaat
lebih.
Berikut
merupakan beberapa makanan yang boleh membantu proses membakar lemak semasa
tidur:
1.Jeruk
Jeruk
mengandung serat pembakar lemak dan vitamin C. Vitamin C dapat merangsang
kemampuan tubuh untuk membakar lemak yang ditemukan dalam asam amino karnitin.
Vitamin C juga memainkan peranan dalam kemampuan memproses lemak tubuh, dengan
mempercepat proses penipisan lemak dan kemudian membuangnya dari tubuh. Bukan
hanya buah jeruk, beberapa buah yang mengandung acid citrus juga boleh membantu
membakar lemak semasa tidur, contohnya jambu, lemon, betik dan tomato.
2.Sayur-sayuran
Sayur-sayuran
menyediakan protein, yang akan lebih lama dicerna oleh tubuh sehingga dapat
membakar lebih banyak kalori. Makan semangkuk sup atau salad untuk makan malam
dapat membantu membakar kalori selama jam tidur malam. Kekacang seperti kacang
pis, buncis juga boleh membakar lebih banyak kalori.
3.Produk
susu
Minum
susu sebelum tidur juga boleh membantu membakar lemak saat tidur. Susu dapat
menurunkan berat badan dengan membantu dalam pemecahan sel lemak, karena
mengandung banyak kalsium. Selain itu, susu juga merupakan sumber korbohidrat
kompleks, yang membantu menjaga tingkat insulin tetap rendah. Tingkat insulin
yang rendah akan meningkatkan metabolisme dan membakar kalori lebih banyak.
4.
Bijirin
Bijirin
mengandung nutrisi yang membakar lemak dengan menjaga tingkat insulin rendah,
menurut New York Daily News. Bijirin menyediakan sumber yang sangat baik dari
karbohidrat kompleks dan serat, yang sangat bermanfaat dalam merangsang
metabolisme. tidak hanya bijirin, beras merah dan barley juga efektif untuk
membakar lemak semasa Anda sedang tidur.
Komentar
Posting Komentar